Ahad, 27 Mac 2011

FAUZIAH NAWI KEMBALI DENGAN 3 WAJAH

Pelakon hebat Fauziah Nawi (FN) kembali tampil beraksi secara solo dalam '3 Wajah' ~ bakal dipentaskan di Stor DBP, jam 9.00 malam, bermula 30 Mac hingga 3 April ini.

Setelah menonton 'Cinta Julia' suatu waktu dulu (sekitar penghujung 2008, rasanya), kini sekali lagi saya (dan tentunya peminat kak FN) berpeluang menyaksi dan menikmati persembahan beliau yang dikhabarkan muncul sebagai Tukang Sapu, Ceti Berlesen dan Isteri YB. (Untuk sinopsis cerita, sila rujuk ke http://audiiwana.blogspot.com/)

Yuk, jangan lepaskan peluang! Pementasan cuma selama 5 hari. Kita tidak punya banyak masa untuk memilih tarikh bagi menontonnya, berbeza dengan teater yang lain..

4 ulasan:

Qasih berkata...

masa yang singkat.. moga berkesempatan mencuri sedikit ruang untuk ke sana..

amal berkata...

dik qasih..

memang betul, tempoh tayangan terlalu singkat. kurang seminggu.
tak banyak pilihan..

tapi, alhamdulillah..
abg am dah dpt booking tix..
:)

ryann berkata...

salam bang. show dilanjut hingga 5hb. terima kasih datang.

amal berkata...

dik ryann,
moga hidupmu dirahmati..
:)

abg am dpt tonton pd mlm ptama lagi.
tanya kat farah, dia kata dik takda.

mlm mggu abg am hantar adik pi tengok teater tu. tanya kat chi, dia kata dik ryann dah dtg mlm sebelumnya..

masih blum bkesempatan btemu..
insyaallah, di lain ketika..

wslkm