Khamis, 27 November 2008

Teater - CINTA JULIA [Persembahan Solo FAUZIAH NAWI]


Bermula 21 November lalu hingga 2 Disember ini, teater CINTA JULIA dipentaskan di Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.
Hasil karya sdr Iryanda Mulia Ramly ini menguji kemampuan pelakon Fauziah Nawi beraksi secara solo selama sejam.
Dalam usia menghampiri 56 tahun, ternyata Fauziah Nawi membuktikan betapa berbakatnya beliau dalam membawa kepelbagaian watak yang mampu menyentuh dan mencuit perasaan.
Penonton akan turut dibuai rasa gundah, marah, hiba, sedih pedih, dan tidak kurang juga ada tawa dan ceria dalam menghayati watak yang dibawakan beliau.

Terkandung banyak mesej- sebenarnya - dalam luahan dialog yang disuarakan oleh Fauziah Nawi dengan begitu tegas jelas, lancar, sayu tapi kemas. Bukan sekadar itu, tetapi beliau turut menyerlahkan kemampuannya menyanyi, di samping menari dalam irama yang amat cocok pergerakannya.

(*Ketiga-tiga foto di atas diambil daripada http://audiiwana.blogspot.com - Terima kasih buat sdri Ryann)
Tidak perlu ruang luas, cukup sekadar pentas kecil bagi Fauziah Nawi melakonkan teater ini dengan berkesan, dekat dan berbekas di jiwa penonton. Kesempatan saya menonton teater CINTA JULIA (malam tadi) membuatkan saya membuat satu kesimpulan- Fauziah Nawi sememangnya seorang pelakon yang paling hebat!

*Foto menunjukkan 3 orang pembaca berita TV1 bergambar kenangan dengan Fauziah Nawi
Ayuh, bersama menontonnya!

5 ulasan:

ryann berkata...

oh...abang datang malam tadi. aduss...saya tak perasan abang. terima kasih bang hadir menikmati persembahan ini.

KTS berkata...

best ke?? ni yg lagi membuak2 nak gi tgk

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

salam..

dik ryann,
abg memg hdr- awal, lps tu pi mkn dulu..nk tnya org2 stefani mana dik ryann, tp abg segan..
memg tkilan tk dpt jmpa n kenal dgn dik ryann lbh dekat..
mgkin lain kali.. :)

dik KTS,
memg BEST- baru tserlah kwibawaan kak fauziah mbawa plbgi watak & emosi yg bjaya myentuh, mcuit, n yg psti- amat mhiburkn.
(kalau ning yatimah tkenal sbg plakon airmata d zmnnya, abg rasa kak fauziah adalh plakon airmata zmn kini, n jg plakon yg serba blh..

memg rasa teringin utk tgok lg..
(ada dua org kwn- prmpn -minta abg blanja bawa diorang tgok..srba salah dbuatny! tpaksa beri plbgi alasan.. :) )

AzmaMurni Aziz berkata...

salam abg amal..
memang tak puaskan tengok aksi ibu fauziah. rasanya mungkin Qasih akan pergi lagi sekali.. insyaallah..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

dik qasih..
memg prlu tgok utk kali ke-2, ke-3..utk benar2 puas!

:)