Ahad, 12 Julai 2009

YUK, PAKAT PI TENGOK 'INTAN YANG TERCANAI'. 12 JULAI, HARI TERAKHIR!

Saja saya tuliskan tajuk entri begitu!

Sememang, Ahad - 12 Julai, teater arahan A.Wahab Hamzah ini akan dipentaskan buat hari kelima dan terakhir. Bagi yang belum menontonnya, harap berusaha luangkan masa untuk menikmati karya Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan ini.

Saya tidak berhasrat untuk mengemukakan sinopsis mahupun komentar berkaitan cerita yang dipaparkan itu, kerana berita dan cerita mengenainya telah beberapa kali disiarkan dalam media massa, khususnya dalam sisipan hiburan akhbar harian perdana.


Cuma yang boleh saya perkatakan- cerita yang lebih berkait dengan tragedi terowong Mu'assem tahun 1990 dulu, sedikit sebanyak menyentuh nurani saya kerana mengenangkan arwah nenek sebelah isteri saya yang turut berada di sana ketika kejadian..

Alunan nyanyian dan lagu yang melatari cerita berjaya menggugah perasaan, lantas saya lebih terasa suasana tragedi itu sendiri yang mengundang persoalan terhadap buruknya sikap manusia meskipun sedang dalam melakukan ibadah. (Pencarian Danial terhadap Ungku Intan Anis tidak berat atau menusuk, berbanding peristiwa tragis yang mengorbankan lebih seribu nyawa jemaah haji ketika itu..)

Pentas teater di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP mungkin kecil ruang dan audiennya. Namun, gerak lakon yang melampaui tempat duduk penonton, menjadikan teater itu amat dekat dan 'masuk' dalam mata batin yang meyaksikannya..

Yuk, silakan menonton nanti malam, iya!

6 ulasan:

Qasih berkata...

salam abg am...

tak sangka abang pun pergi tengok 'intan yang tercanai'. tapi nampaknya mungkin belum rezeki untuk kita ketemu. Qasih pun ada di sana malam tu tapi tak pula terlihat abg am.. :)

Qasih agak lambat malam tu. duduk di belakang skali. apapun, alunan lagunya memang meresap ke jiwa..

ryann berkata...

bang amal, saya dah tonton. kisah terowong tu memang menyayat hati. karya dato' noordin hassan memang best. penuh lapisan makna. setuju juga dengan abang dan qasih - lagu2nya buat saya teringat- ingat

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

slm dik qasih..

a ah, abg am pun tk sgka dik ada mlm tu..
wktu tgok 'mana setangginya', ada gak cari dik qasih. abg am rasa cam/kenal wajah dik, tp memg tk jmpa!

mgkin lain kali kot..
:)

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

dik ryann,

memg lagu2 dlm teater mlm tu amat myentuh..
sayang skali tkda vcd/dvd critanya.. nk drakam memg tkleh..

stuju dgn dik, karya SN Noordin Hassan tu mpyai bnyak mksd yg blh diandaikn plbgi..

-kcuali lagu 'kavadi' tu, yg lain amat membekas!

(*harap2 dpt jmpa dik ryann n dik qasih nti di dbp, teater kak fauziah tu..
:)

dariana berkata...

salam ramadhan kareem..salam ziarah semoga afiat...ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhi dari azab neraka...

http://keroncongdariana.blogspot.com

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

salam kanda hadi,

doa n harapan- smga kanda sklrga sntiasa dlm rahmat kberkatn Ilahi, sihat walafiat dlm mhadapi ramadhan al-mubarak..
amiin.