Jumaat, 5 Ogos 2011

"MASIH BUJANG? RELAKSLAH!" - Buku Terbaru Terbitan Alaf21


Assalamu'alaikum wrt wbt.. Salam Ramadhan...
Di bulan Ramadhan ini, tentu sekali kita mengisi waktu lapang dengan mengerjakan amalan yang mampu menambah pahala dan sebagai bekal untuk ke negeri abadi nanti. Membaca al-Quran- bertadarrus, menghayati isi kandungannya, berzikir, bersedekah dan lain-lain lagi aktiviti yang berfaedah boleh dilakukan. Terserah kepada pilihan kita yang menentukannya.

Ada di kalangan kita yang lebih suka mengisi waktu lapang dengan membaca. Membaca bahan yang pelbagai- yang berat atau ringan, atau -yang serius atau santai.

Di sini, ingin saya perkenalkan sebuah buku baru yang agak menarik, terbitan Alaf21. Melihat pada judulnya~ "MASIH BUJANG? RELAKSLAH!", sudah pasti pembaca daripada golongan yang bujang (tidak kira bujang 'muda' atau yang 'andalusia') akan tertarik untuk membacanya.

Buku hasil tulisan Kreisya Reisya ini, dipersembahkan lebih sebagai motivasi untuk mereka yang hidup membujang.. Atau yang masih belum mempunyai teman hidup.. Dipaparkan 'dunia orang bujang' berdasarkan pengalaman penulis dan sahabat-sahabat yang seangkatan dengannya, yang tentunya dapat memberikan persepsi yang positif terhadap mereka yang belum berumahtangga, khususnya yang agak 'lewat usianya'.

Buku ini juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk cekal melalui 'cabaran hidup bujang'.. Selain diberikan beberapa menu yang mana-mana bujang pun boleh dan mampu sediakan. Menu yang agak ringkas tetapi berkhasiat.

Mungkin sasaran pembaca adalah untuk si bujang, namun saya berpendapat buku ini juga sesuai untuk peminat buku dan sesiapa saja termasuk yang sudah berkeluarga.. Ini bagi memudahkan kita memahami dunia orang bujang, selain turut mampu mendidik anak-anak bujang kita menjalani kehidupan dengan jiwa tenang dan senang..

*Berikut adalah sinopsis buku "Masih Bujang? Relakslah!" seperti yang terdapat di laman web Alaf21 ;
"Andakah si bujang yang sedang menanti putera puteri idaman yang tak kunjung-kunjung tiba? Atau anda bujang berusia emas yang masih meniti kehidupan bertemankan kesepian? Bersenandung dalam duka, berbicara sepi tanpa teman?

Jika anda masih terkial-kial mencari pasangan hidup, buku inilah jodoh sementara anda. Buku ini akan menemani anda berkongsi suka dan duka, resipi dan petua, pengalaman dan perasaan dalam mengharungi usia bujang. Jom kita nikmati dan raikan setiap detik usia membujang, setiap saat nafas kehidupan. Bujang atau tidak, selagi nadi berdenyut, itulah anugerah kehidupan untuk dimanfaatkan.

Nah, apa lagi? Milikilah daku kerana daku akan menemanimu, menceriakan hatimu dan memberi satu semangat baru-bahawa kitalah bujang-bujang yang cemerlang, gemilang dan tetap unggul!"

6 ulasan:

InderaPutera berkata...

Wah! satu lagi karya yang menarik perhatian.Tampaknya Kreisya Reisya ada buah tangan yg 'terkeluar' dari lingkaran novelnya sebelum ini.

Sipnopsisnya menarik.Aku kena beli!

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

Aa ah, karyanya yg ni berbeza dgn 5 buah novelnya dgn Alaf21.
Kena beli bro!
Aku dah cari di bbrpa buah kedai buku tp masih belum dapat..huhu..

ryann berkata...

pernah nampak kat kedai buku mana ntah. simple dan catchy tajuknya. salam ramadan bang amal.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

slm ramadhan dik ryann..
smga rahmat Allah bsamamu..
amiin...

dik ryann,
nti tolg emailkn alamat utk abg am hantar (pos) kpd dik ryann, sbgi mhargai psahabatan sesama blogger..
:)

NASSURY IBRAHIM berkata...

sELAMAT HARI RAYA, TUAN. MAAF ZAHIR BATIN. ALAMAT BARU BLOG KAWE;

nassuryibrahim.blogspot.com

TAMBAH "ibrahim"

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

Selamat Hr Ry shbt..

t/ksh.. nti kawe uboh alamat blog demo kat list kawe tu..

:)