Jumaat, 5 September 2008
Puisi - TIKA MENYUSUR KE DAERAH RATIB
Tika menyusur ke daerah ratib
ratap melengkung di langitingat yang kujunjung.
Percikan sinar atma-Mu menjernih linglung sukmaku.
Gerakrasa menganyam doa putih
menambat taubat di bumihayat yang kujejak.
Insaf khilaf melarik waras pada batas tindak.
Dari akarsedar menjalar ke batangdiri menunjang
pohon nyali merimbun-rendang meredup keakuanku.
Dari darah mengarah ke tulang menegang ke daging-
mengental makna rahsia peragat-Mu, adalah keabadian
tak terjangkau dasar mindaku.
Hanya tali taqwa pengikat persoalan amanah-Mu!
- DEWAN SASTERA, Mac 1995
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Salam Ramadhan, selamat beribadah.
Salam ramadhan jua buatmu..
Terkasima, saat menatap namamu hadir ke kanvaskarya!
Apapun, 'sekuntum terima kasih'.. Saya hargai amat..
Selamat menjalani ibadah ke hadrat-Nya..
Taqabbalallahu minkum..
suka lagu ebiet ni
Ryann,
sememang lagu2 ebiet bnyak yg mnambat rasa. dgn tema keTuhanan, kemanusiaan dll, mjadikn lagu2 ebiet mesra pendengar..
Ucapan Aidil Fitri boleh dikirim ke alamat ucapan@radio24.com.my untuk siaran Hari Raya di Bernama Radio24 (93.9FM atau www.radio24.com.my).
Harap sudi sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara di seluruh dunia.
sdr Uthaya,
Terima kasih atas makluman itu. Nanti saya akan sampaikan kpd kawan2.
TQ.
Salam Chulan,
bila aku guna nama ni(Chulan Chin), igt masa kita kat MPTI muda2dulu. Kau byk berubah, aku pun.
Smoga waktu akan menemukan kita.
Insya-Allah.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.
Aku balik Sabak Bernam. Tg Malim. Pulau Indah.
Tak tau bila balik dan balik semula.
salam idulfitri mubarak semoga afiat beribadat.moga amalan baik kita dimakbulNya.
tkasih ziarah laman saya dan silaturrahim itu amat manis.
rintih ebeit menambat hati
daerah ratib itu pengikat abadi.
MAAF DAN MEMAAFKAN.
Catat Ulasan