Sabtu, 7 Mac 2009

BELASUNGKAWA - kanda ZUBIR ALI


Selepas solat Jumaat di Masjid Jameq Jami'ul Ehsan, Setapak, dalam perjalanan mengambil anak di sekolah teknik berdekatan, saya terdengar berita pemergian kanda Zubir Ali, melalui siaran radio IKIM.

Terkejut sejenak. Tidak kedengaran beliau menghidap penyakit kronik sebelum ini. Maklumat yang diterima, beliau meninggal dunia sekitar jam 11.00 pagi ini di Hospital Pakar Damansara selepas menjalani pembedahan jantung.
Allahyarham Zubir, 58, meninggalkan seorang balu dan tiga orang zuriat.

Saya terkenang kali terakhir berpeluang makan bersama arwah, di Oditorium DBKL, sewaktu beliau akan membuat persembahan (lagu puisi) pada Majlis Baca Puisi Gema Merdeka tahun lepas. Biarpun kelihatan dari luaran beliau seorang yang pendiam, namun cepat mesra setelah mula berbual.

Kehadiran beliau bersama kumpulan Harmoni di awal 80an dulu, berjaya menyemarakkan minat kepada lagu-lagu puisi. Lagu seperti Penantian, Nyanyian Ombak, Balada Seorang Gadis Kecil dll, masih berbekas dan tetap nostalgik.

Sejambak TAKZIAH buat keluarga allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, serta ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh..

al-Fatihah

4 ulasan:

D'Rimba berkata...

Saya antara orang yang terjejak dengan keikhlasan beliau. Beliau memberi amanat cukup bermakna dalam dunia deklamasi. Beliau berjaya mengilhamkan ketenangan dalam deklamasi. Sila lawat blog saya, saudara Rahimidin Zahari antara pengadil pada hari itu.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

Salam sdr..

T/ksh atas mklmn itu..

spt sdr, sy rasa ramai lg yg memg akui n mhargai ktulusn arwah dlm dunia puisi ini..

smga rohnya tenang "di dunia sana"..
amiin.

D'Rimba berkata...

Masa dia buat persembahan ini saya juga ada video kenangan semasa beliau menonton saya dekalamsi. Siala lihat di blog saya video deklamasi sajak yang didorong kuat oelh beliau sendiri untuk jadi yang terbaik masa itu.....

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

sdr. d'rimba,
maaf, sy br prasan balasan komen sdr.
insya-Allah, sy akan lawati blog sdr utk mlihatnya..
:)

t/ksh..