Sabtu, 19 Mac 2011

'LAT KAMPUNG BOY SEBUAH MUZIKAL' ~ TEATER YANG HARMONI

Sebut saja nama ‘LAT’, saya pasti pelanggan setia akhbar Berita Harian/NST, akan teringat pada siri komik Keluarga Si Mamat’ (yang makan masa bertahun~ disiarkan setiap minggu di akhbar Berita Minggu) sekitar penghujung 70an/awal 80an dulu. Sketsa/lukisan Lat juga dapat dinikmati dalam akhbar New Straits Times ~ mengandungi kritik sosial dan sinis terhadap realiti kehidupan yang berlaku di negara kita.

Pastinya ramai akan terbayang kisah budak kampung berambut ‘gondrong’, sedikit nakal, lurus bendul, dan agak melucukan~ dari komik ‘Lat The Kampung Boy’ danTown Boy’.Segala yang terlukis dan menjadi cerita di dalamnya, berdasarkan kehidupan kartunisnya sendiri.

Apabila kisah hidup LAT (Datuk Mohammad Nor Khalid) diberitakan akan dibawa ke pentas teater, saya berasa amat teruja. Saya percaya, ramai ‘pengikut’ LAT juga akan ternanti-nantikan persembahan itu nanti.

Dan tanggal 16 Mac lalu, bermulalah pementasan ’Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal’ (LKBTM) di Panggung Sari, Istana Budaya.

[Saya berpeluang menontonnya pada malam kedua persembahan. ’Sejambak TERIMA KASIH’ ~ buat teman lama- J – yang membeli & memberi tiket berharga RM187! ]

Skrip hasil tulisan Harith Iskandar, yang turut mengarahkannya bersama Hans Isaac, memakan masa sekitar 2 ½ jam. (Mengikut catatan saya- bermula 8.40 mlm. Berhenti rehat pada jam 10.10. Meskipun penonton dimaklumkan rehat sekitar 20 minit, tapi persembahan hanya bersambung pada jam 10.35, dan berakhir pada jam 11.35 mlm).

Dengan didokong watak utama- Awie (Lat dewasa), dikuatkan pula oleh Jalil Hamid (‘Apak’ Lat), Omar Abdullah (A.Samad Ismail), Atilia (Faezah- isteri Lat), Douglas Lim (Frankie) (sekadar menyebut beberapa nama), penonton dibawa ‘masuk’ ke kehidupan Lat seraya berkongsi kisah suka duka, sejak zaman kanak hinggalah ke alam rumahtangganya. Rata-rata pelakon lain turut memberi impak yang baik terhadap teater ini, terutamanya adik Daniel Eezkandar Azraien (Lat kecil) , yang mempunyai potensi besar sebagai pelakon teater generasi depan.

Penonton dihidangkan dengan 14 buah lagu hasil gubahan Michael Veerapan. Ada variasi melodi yang turut memberi kesan kepada penghayatan cerita. Koreografer Pat Ibrahim dan rakannya Azwa, memain peranan menjadikan pelbagai rentak tari amat menghiburkan, selain mampu menggambarkan suasana dan mood yang amat harmoni..

Set /latar pentas yang bermotifkan lukisan seperti yang terdapat dalam komik Lat, menjadikan suasana ’kartun’ dirasai, tetapi tidak menjejaskan paparan realiti kehidupan yang dilalui Lat. Cuma bagi saya, sedikit kecacatan adalah apabila peralihan set tiap kali beralih babak, tidak ’dilindungi’- membuatkan tumpuan sesekali terpaku kepada krew yang menyorong/mengalih rumah/bilik dll.. (Berbeza dengan beberapa teater yang saya tonton sebelum ini, kelancaran dan kekemasan peralihan set tidak menjejas tumpuan audien).

Seperkara lagi, muzik yang dimainkan orkestra, ada kala menenggelamkan dialog pelakon~ hinggakan penonton bertanya sesama sendiri apa yang diucapkan oleh pelakon itu.. Mungkin pihak pengarah dapat memperbaikinya lagi bagi malam-malam yang akan datang..

Sememang tiada yang sempurna. Sedikit kecacatan tidak boleh menghukum keseluruhan persembahan. Justeru, saya merasakan kepuasan yang amat, setelah selesai menonton teater ini. Terasa betapa teater ini amat HARMONI, gambaran perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Selain Bahasa Inggeris, dialog yang digunakan melambangkan adanya Melayu, Cina, India, malahan Benggali (atau Punjabi- biarpun tiada dialog yang disampaikan, namun 'watak Benggali /Punjabi kerap muncul dalam beberapa situasi.)

TAHNIAH ~ buat semua warga kerja LKBTM yang telah berjaya membekalkan kepuasan untuk dibawa pulang! .


6 ulasan:

nirea nor berkata...

salam. tahniah kerana berjaya menempatkan diri di dalam teater tu. saya teringin sangat well nobody baik hati like ur fren J mahu hadiahkan tix. btw, thanks for the ulasan. at leasts sikit sebanyak tahu sedikit jalan cerita

tapi, still rugi kan tak tengok
*nangis dalam hati*

amal berkata...

walkmslm..

terima kasih sudi singgah ke kanvaskarya..

terima kasih juga, kerana info yg diberikan dik 'nirea nor' itu, jadi panduan utk adik2 saya memilih seat & harga yg sesuai utk tix..

alhmdlh, J - kwn lama sejak 3 dekad, yg sudi 'menaja' tix..
jika tidak, mgkin sy blum tentu tengok!

buat dik 'nirea nor' ~ memang rasa 'rugi woo..' kalu tak tengok!
silakan, cari 'penaja', or 'korek tabung'! sesekali utk kepuasan yg masih terasa!
:)

wslkm

ryann berkata...

apa khabar bang. saya baru tonton malam tadi. takde intermission.
lat memang legend. komiknya sangat ke depan dan saya membesar dan seronok merasai budaya kampung menerusinya.

datanglah ye bang teater ibu fauziah nawi.

amal berkata...

alhamdulillah, mlm ni abg am dah ok skit, compare dgn siang td.

dik ryann tgok smlm..?
best, kan..?

n tentunya lbh puas, sebab takda 'break'..
berbeza dgn kami, hampir setengah jam menunggu, mood sikit terjejas..

teater kak FN tu, memang abg am teringin nak pi tengok.
insyaAllah dik ryann...

t/ksh atas segalanya.
wslkm

Investing Indonesia berkata...

terimakasih sudah berbagi ilmu...

amal berkata...

buat 'investing Indonesia'..

terima kasih kembali, kerna sudi bertamu di kanvaskarya..

wslkm